XtGem Forum catalog



Cara Mencintai Pasangan Anda
Mungkin kebanyakan dari kita
banyak yang sudah memiliki
pasangan, tetapi terkadang kita lupa
bagaimana caranya mencintai
pasangan kita. Renungan berikut
mungkin bisa membantu, yang lagi
punya masalah dengan pasangan
atau mungkin bagi yang baru
memiliki pasangan. Bagi yang
belum memiliki pasangan, jangan
menyerah! Jangan selalu
beranggapan "Nanti jodoh gw pasti
dateng koq",
1. Sayangi Dia Dengan Hati,
Bukan Dengan Perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu
perhubungan berdasarkan
perasaan, ia akan gagal karena
perasaan sentiasa berubah dari
masa ke semasa.
2. Sayangi Dia Seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion
manusia dengan 6 billion personaliti.
Dia sememangnya seorang yang
istimewa dan biarkan ianya kekal
begitu. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia
kerana sekali anda mengubah,
selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda
masih ingat, anda terpikat padanya
kerana dia adalah dia. Maka, tiada
alasan untuk anda mengubah dia
untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi Dia Sepenuh Hati.
Sesungguhnya dia telah banyak
bekorban untuk anda. Dengan
kelebihan yang ada padanya, dia
berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang
lebih sempurna tapi demi cinta, dia
telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran
cintanya.
4. Hormati Pendirian dan
Keputusan Dia.
Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia
menerima cinta anda kerana kelak,
yang anda akan dapat darinya
hanyalah cinta simpati dan
bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan Diri Anda Akan
Keistimewaan Dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini
dan jangan mengharapkan
kesempurnaan dari dia kerana dia
telah cukup sempurna semenjak
anda mula terpikat padanya.
6. Percaya Akan Dirinya.
Sentiasa bersangka baik padanya
jika kita juga mahukan sebegitu
darinya. Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya
sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan Berjanji Menyayangi
Dia Untuk Selama-lamanya.
Karena selama-lamanya bagi anda
mungkin akan berakhir keesokkan
harinya, tapi berjanjilah untuk
menyayangi dirinya seolah-olah
setiap hari itu adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA Dengannya.
Adalah seperti memberi hati anda
kepadanya untuk dilukai tapi
kepercayaan itu penting. Percayalah
kepadanya, niscaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan
raga.
9. Jangan Sesekali
Meninggalkan Dia Tanpa
Sembarang Alasan.
Dia bukan hanya akan setakat
menangis kecewa dan kemudiannya
meneruskan hidup seperti biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.
10. Jangan Cepat Berbangga
Dengan Diri Anda.
Memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi
anugerah itu hanya layak anda
perolehi setelah anda berjaya
menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda
adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha
sedaya upaya untuk memenangi
cintanya, maka dengan itu haruslah
juga anda berusaha untuk terus
menyintai dirinya dengan apa jua
keadaan sekalipun.
gud luck guys and sis
__________________
"penyemangat"